Kategori Berita Utama

Shahrizat nafi bertanding di Bandar Tun Razak

16 APRIL: Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menafikan beliau akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

Menegaskan perkara itu beliau dalam kenyataannya menerusi laman sosial Facebook berkata meskipun kawasan tersebut adalah kerusi selamat yang boleh menewaskan PKR dengan mudah, namun beliau tidak akan bertanding di Parlimen tersebut.

“Ramai yang tanya saya sama ada saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jawapan saya TIDAK ,walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana Barisan National boleh menang dan tewaskan PKR,” katanya.

Beliau sebelum ini dilaporkan akan bertanding di Parlimen Sungai Besar, namun kemudiannya perkara tersebut turut dinafikan oleh Shahrizat sendiri.

Ia menjadi persoalan sehingga hari ini tentang kerusi parlimen yang akan ditandingi olehnya, namun Shahrizat berkata misi utamanya kini adalah memberi kemenangan kepada UMNO BN dan jentera Wanita harus bekerja keras untuk itu.

Jelas Shahrizat lagi, bertanding atau tidak beliau serahkan keputusan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 11:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: