Kategori Berita Utama

Shukri Abdull dipanggil ketuai SPRM

17 MEI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bekas Timbalan Ketua Pesurujaya (operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kembali mengetuai agensi itu.

Menurutnya, kerajaan bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengisi tempat Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Jawatan itu kosong selepas penyandangnya Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletak jawatan.

Shukri (foto) merupakan orang nombor dua di SPRM apabila badan itu dirombak secara tiba-tiba ekoran siasatan mereka ke atas syarikat berkaitan 1MDB.

Skandal itu menjadi satu daripada isu paling banyak dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemilihan Shukri diumumkan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 3:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: