Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Shukri Abdull mula tugas selepas dapat perkenaan Agong

18 MEI: Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull hanya akan bekerja secara rasmi sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jurucakap SPRM dipetik Astro Awani berkata selepas mendapat perkenan Agong, Shukri juga akan melalui istiadat angkat sumpah memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Pelantikan beliau diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Menara Yayasan Selangor, semalam.

Shukri (foto) menggantikan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan pada Isnin lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 3:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: