Kategori Berita Antarabangsa

Si pemanjat bangunan tinggi mati

10 DIS: Seorang warga China yang digelar ‘pemanjat bumbung pertama di negara itu dilaporkan sudah meninggal dunia.

Laporan Shanghaiist menyebut Yong Zhu yang sebelum ini kerap dirakam menerusi foto dan video menunjukkan aksi-aksi merbahaya ala ‘daredevil’ bahagian-bahagian sisi bangunan tinggi.

Namun, akaun media sosial Zhu akhirnya berhenti dikemaskini, menimbulkan spekulasi beliau sudah meninggal dunia.

Semalam, teman wanita Zhu mengumumkan di Weibo bahawa Zhu sudah meninggal dunia pada 8 November lalu

Bagaimanapun punca kematian Zhu tidak dinyatakan secara terperinci.

Zhu sebelum ini didakwa merakam aksi-aksi merbahaya demi mengumpul dana untuk membayar bil perubatan ibunya yang sakit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2017 10:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: