Kategori Berita Utama

Sia-sia layan pembangkang “buta hati”- Bung Mokhtar

Pedulikan mereka yang enggan mempercayai kebenaran malah menafikan fakta serta bukti yang jelas lagi nyata kerana itu menunjukkan mereka golongan yang buta mata dan buta hati.

Justeru sia-sia dan membuang masa jika mahu menyakinkan golongan penyokong “hardcore” pembangkang itu yang mengecam saya kononnya macam samseng mengoyakkan kertas di Dewan Rakyat minggu sudah, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional(BNBBC).

BUNG MOKHTAR...tak akan biar serangan terhadapnya di alam siber jejaskan fokus tegakkan integriti.

BUNG MOKHTAR…tak akan biar serangan terhadapnya di alam siber jejaskan fokus tegakkan integriti.

“Puak pembangkang di luar menganggap bahawa perbuatan kita di BNBBC itu salah dan perbuatan rakan-rakan mereka yang baru saya post, re-tweet dari BNBBC (laman web BNBBC.my) iaitu menampakkan video dan gambar-gambar (kelakuan pembangkang) masih ada lagi puak-puak pembangkang dan cyber troopper mereka mendakwa ini tidak betul. Kalau betul kenapa tidak disiarkan di TV3,” kata Bung Mokhtar yang hairan kerana penyokong pembangkang biasanya tidak mempercayai laporan TV3.

Bung berkata demikian ketika diminta mengulas situasi di laman tweeter beliau yang bertali arus diserang penyokong dan “cyber trooper” pembangkang dengan tuduhan beliau yang lebih dahulu bersikap ala samseng, termasuk mengoyak kertas usul, dalam mesyuarat Dewan Rakyat 14 November lalu.

Bung menyifatkan serangan dan kecaman yang diterima di laman sosial serta tweeternya itu adalah strategi “character assasination” atau “memburukkan peribadi” bagi memalukannya serta merosakkan karier politiknya.

Namun ia sedikitpun tidak akan melunturkan semangat beliau untuk terus berjuang membela rakyat dan percaya lambat laut orang ramai akan sedar juga bahawa pembangkang senantiasa memutar-belit fakta.

RAMAI juga yang percaya dan menyokong apabila Bung bertindakbalas memaparkan situasi sebenar di tweeternya.

RAMAI juga yang percaya dan menyokong apabila Bung bertindakbalas memaparkan situasi sebenar di tweeternya.

“Tindakan saya itu (mengoyak kertas) cuma simbolik untuk memperlihatkan kepada pembangkang bahawa apa yang mereka buat itu (dalam sidang sebelah pagi) adalah salah. Memandangkan usul yang mereka bawa pada sesi petang salah faktanya, maka saya rasa perlu dilakukan sesuatu untuk menunjukan bahawa sebenarnya bukan mereka sahaja boleh berbuat demikian.”

“Malangnya hasrat atau mesej agar mereka memahami perasaan pihak lain apabila mereka berperangai seperti badut sarkas dan mengoyak kertas usul dan sebagainya tidak difahami, sebaliknya penyokong tegar mereka tetap berpendapat kelakuan pemimpin mereka betul,” jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibuti, Sarawak, Ahmad Lai Bujang juga hairan dengan sikap penyokong dan cyber trooper pembangkang yang menolak semua bukti yang banyak dipaparkan dalam bentuk bertulis mahupun video di laman-laman web di internet.

“Ia jelas dilakukan dahulu oleh pembangkang pada sidang sebelah pagi ketika dibentangkan usul menggantung Ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Surendran kerana menghina Parlimen.”

“Bung pula melakukan perkara yang sama dilakukan oleh pembangkang dalam sesi pagi ketika mesyuarat sebelah petang. Jadi ia jelas mana mungkin Bung yang memulakan,” katanya.

Manakala Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah turut menyokong pendirian Bung Mokhtar bahawa serangan segelintir penyokong dan cybertrooper pembangkang itu tidak perlu dihiraukan.

“Kepada Ahli parlimen Kinabatangan sahabat saya, saya berharap beliau bersabar dan mengambil itu sebagai satu cabaran kerana pembangkang ini sikapnya memang membangkang sahaja sejak dari dahulu lagi.”

“Namun sejarah sudah membuktikan, semua projek dan program kerajaan yang mereka bangkang sejak dahulu itu akhirnya memberikan manafaat kepada rakyat dan dinikmati semua orang, termasuk mereka sendiri sedangkan jika kita lihat tiada satupun jasa darippada parti pembangkang yang dapat kita ketengahkan,” kata Ahmad.

Kesimpulan, seperti kata Bung Mokhtar diawal tadi, penyokong pembangkang yang sudah terlalu taksub memang buta hati dan buta mata kerana mengecam beliau hanya berdasarkan fakta sebelah pihak sahaja. -18/11/2013.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2013 10:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: