Kategori Berita Utama

Siap sedia hadapi PRK Sungai Limau – Jamil Khir

Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua anggota UMNO Jerai  bersiap sedia bagi menghadapi PRK DUN Sungai Limau.

Beliau yakin persiapan berdepan pilihanraya kecil itu tidak akan menganggu proses pemilihan UMNO di bahagian berkenaan.

sprPRK itu bberikutan kematian penyandang kerusi itu yang juga bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak Khamis lalu.

Azizan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Allahyarham Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas setelah menewaskan sepupunya Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional dengan majoriti 2,774 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian PRK DUN Sungai Limau, dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Dalam pada itu,  Jamil Khir yang akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerai yakin pemilihan tersebut tidak akan mendatangkan perpecahan di kalangan anggota UMNO.

Malah katanya, ini dapat mematangkan pendekatan mereka dalam berpolitik.jamilkhir

“Kaedah pemilihan kali ini tak ada kelompok kerana masing-masing tawarkan diri untuk bertanding dan mahu berkhidmat untuk parti,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan penutupan Korobori Pengakap Kanak-kanak 2013 Peringkat Kedah di Kem Dara Mandi dekat Yan, Sabtu.

Pada pemilihan parti kali ini Jamil Khir akan bertanding menentang penyandang, Datuk Shuhaimi Abdullah. -28/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 September 2013 12:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: