Kategori Berita Utama

Siapa akan sokong Azmin undi tidak percaya tolak Khalid

20 JAN :Apakah kesudahan episod perang dingin Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali?

Baik Khalid mahupun Azmin, mereka sukar menyembunyikan kemelut peribadi antara mereka yang semakin menebal.

Ini diberatkan lagi dengan penyokong masing-masing yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan pedih dalam lama sosial sekaligus membuktikan pertembungan Khalid dan Azmin bukan perkara kecil.

Walau Timbalan Presiden PKR itu nampak berpolitik cara bijak, respons secara lembut tindak tanduk Menteri Besar Selangor itu tetapi Khalid pula dengan stail sendiri buat ‘kering’ sahaja kecaman penyokong Azmin terhadapnya.

Isunya, mampukah Azmin bertahan lebih lama atau Khalid akhirnya membuktikan beliau lebih hebat berpolitik?

Sebab itu sudah ada desas-desus cadangan pemecatan Khalid sebagai Menteri Besar yang diusulkan kumpulan penyokong Azmin dalam mesyuarat pimpinan negeri  baru-baru ini.

Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan perkara itu manakala Khalid enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut dan menyifatkan isu yang melanda antara beliau dan Azmin itu sebagai isu politik.

“Itu hal politik. Isu tersebut biarlah ditentukan oleh rakyat dan ahli parti sendiri,” katanya.

lidazmin

Azmin perlu cari penyelesaian konfliknya dengan Khalid

Khalid tahu rakyat perlu tunggu empat tahun lagi untuk menentukan nasib beliau dan Azmin dalam PRU 14.

Sehingga itu, hanya ada dua cara boleh dilakukan bagi memastikan Khalid digugurkan daripada kerusi Menteri Besar.

Pertama melalui cadangan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dengan sokongan PAS dan DAP.

Adalah mustahil untuk Azmin meminta pimpinan negeri Selangor atau Adun PKR memecat Khalid  tanpa sokongan dan restu Wan Azizah.

Perlu ingat, ketika kemelut melantik Menteri Besar Mei lalu, Wan Azizah diam-diam menghantar nama Khalid kepada Istana Selangor  menyebabkan Azmin gigit jari.

Namun, memandangkan hubungan rapat isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dengan Khalid, mustahil Azmin dapat kad hijau masuk menggantikan Khalid.

Cara lain yang boleh difikirkan Azmin adalah melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Adun Bukit Antarabangsa itu perlu sekurang-kurangnya mendapat 29 undi bagi menyokong tujuan tersebut.

Bagaimana melakukannya?

PAS dan DAP kini masing-masing mempunyai 15 kerusi DUN manakala PKR 14 dan Barisan Nasional 12 kerusi.

Wakil Rakyat BN mungkin tidak ada masalah untuk menyokong Azmin bagi mengugurkan Khalid daripada kerusi Menteri Besar.

gengazmin

Azmin mungkin boleh harapkan sokongan rakan-rakan beliau dari PAS dan DAP untuk lawan Khalid

Ini bermakna Azmin kena berusaha mendapat 17 lagi Adun bagi menyokong usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Ambil kira hubungan rapat beliau dengan sesetengah Adun PKR dan PAS serta DAP, Azmin berpeluang meraih sokongan tersebut.

Jika pun keseluruhan 15 Adun DAP tidak menyokongnya atau diketepikan Adun-Adun yang berjawatan Exco  seramai 11 orang termasuk Khalid, Azmin mempunyai bilangan undi yang cukup.

Paling tidakpun dengan sekurang-kurangnya lapan Adun PKR yang dikatakan penyokong kuat Azmin dicampur 12 Adun BN, bermakna sudah ada 21 Adun berpihak kepada Azmin.

Baki lapan Adun lagi boleh Azmin perolehi daripada PAS dan DAP.

Mungkin mereka yang kecewa tidak dilantik Exco oleh Khalid atau sudah muak cara beliau berpolitik mentadbir Selangor akan berpihak kepada Azmin.

Tidak rugi Azmin mencuba cara ini kerana hubungan beliau dengan Khalid tidak nampak akan pulih lagi.

Mana tahu untung sabut timbul apatah lagi jika isu penguguran beliau daripada PKNS tidak berpihak kepadanya semula.

Kepada Azmin, alang-alang seluk pekasam, biar ke pangkal lengan.- bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 January 2014 8:02 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: