Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Siapa boleh percaya dakwaan Guan Eng?

14 NOV: Mustahil untuk rakyat mempercayai dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Persekutuan tidak membantu mangsa banjir di negeri itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya, anggota tentera di negeri itu turun membantu mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripadanya.

“Saya rasa mustahil orang boleh percaya dakwaan Guan Eng sebab saya dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor  turun membantu mangsa banjir.

“Kalau kerajaan tak bantu, kenapa Guan Eng telefon Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jam 3 pagi untuk minta bantuan?” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Tentera Darat di Port Dickson hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas Khas turut berbangga dengan tindakan oleh Angkatan Tentera Malaysia dalam melaksanakan misi menyelamat dan membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Saya lihat apa yang mereka lakukan, mereka menjalankan tugas tanpa melihat warna kulit dan fahaman politik.

“Jadi kalau ada yang kata tak bantu saya rasa tak patutlah,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 6:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]