Kategori Berita Utama

Siapa lebih kejam, Najib atau Tun M guna ISA?

19 MEI: Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak perlu ‘berlagak bagus’ untuk menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak susulan kejadian yang berlaku ketika Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50).

Ini kerana menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ab Aziz Kaprawi, bekas Perdana Menteri itu belum tentu mampu untuk menjadi berani seperti Najib turun ke bawah berhadapan dengan rakyat.

Atas dasar tersebut Aziz berkata Tun Mahathir lebih cenderung untuk menggunakan kuasanya bagi mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada sesiapa sahaja yang ingkar arahannya.

“Semasa zaman pemerintahan dia approach Top-bottom, Pandangan dari atas untuk dilaksanakan kebawah (rakyat).. ‘one way’ communication. Zaman ISA.

“Tapi zaman Datuk Seri Najib pendekatannya dari bawah ke atas, ambil pandangan rakyat untuk pihak kepimpinan dilaksanakan.

“Zaman Tun M tiada walkabout dan interaksi dengan rakyat tapi komunikasi satu hala sahaja seperti program Semarak. Ini bermakna Datuk Seri Najib lebih berani dan merendah-diri dengan benar-benar jelas turun padang serta menghargai rakyat,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa dirinya lebih bagus berbanding Najib dalam kepimpinan kerana tidak ada insiden yang memalukan seperti baru-baru ini Mat Over telah menampar David Teo ketika TN50 sedang berlangsung bersama penggiat seni.

Dakwanya, insiden tersebut adalah memalukan rakyat Malaysia di seluruh dunia sambil menjelaskan secara langsung kepada pengguna internet di Facebook hari ini, Mahathir berkata dalam era Perdana Menteri hari ini, orang yang bercakap dan bertanya soalan akan mendapat susah.

“Jangan cakap banyak, waktu Tun Mahathir sendiri siapa cakap lebih pun dikenakan tindakan ISA. Siapa lebih kejam?

“Ini semua sebab Tun Mahathir tak terbuka dan telus,” ujarnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 4:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]