Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Siasatan kerugian BNM dibentang Jun

21 APRIL: Laporan akhir siasatan kerugian urusan niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ketika awal 90-an akan dibentang kepada kerajaan pada Jun depan.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pihaknya telah menemu bual beberapa individu yang dikenal pasti termasuk yang hadir secara sukarela untuk memberi maklumat berkaitan dengan isu kerugian itu.

“Pasukan Petugas Khas juga telah meneliti dengan mendalam dokumen-dokumen sedia ada seperti Laporan Kewangan Tahunan BNM, Laporan Artikel IV oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), penyata rasmi Parlimen, kenyataan media dan penerbitan yang berkaitan,”

“Bagaimanapun pihak-pihak terbabit secara langsung atau tidak langsung, dan juga pihak yang mendakwa mempunyai maklumat akan dipanggil semula,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Tegas beliau, pihaknya turut menggesa individu yang mendakwa mempunyai​​​​​​​ maklumat dan dokumen berhubung kerugian urus niaga ini untuk tampil ke hadapan berkongsi maklumat dengan​​​​​​​ pihaknya.​​​​​​​

Sejak 16 Mac lalu, Pasukan Petugas Khas itu sudah mengadakan enam mesyuarat berhubung dengan siasatan berkenaan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 9:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]