Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Siasatan ‘konspirasi’ sudah serah kepada AG

20 MAC: Hasil siasatan berhubung dakwaan ‘konspirasi tiga Tan Sri’ untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri berkata laporan “chowkit/5870/2017” itu telah dikemukakan pada 29 November tahun lalu untuk arahan dan penelitian timbalan pendakwa raya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak mendedahkan hasil siasatan dan cadangan yang dikemukakan dalam jawapan bertulis di parlimen.

Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bekas naib presiden PAS itu mahu tahu berhubung status ‘siasatan palsu’ Naib Ketua UMNO, Khairul Azwan Harun itu.

Laporan pada 26 Julai tahun lalu itu dibuat terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Menurut Khairul Azwan, ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 5:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]