Kategori Berita Utama

Siasatan nahas didedahkan sepenuhnya

Hasil siasatan kes nahas pesawat Twin Otter MASWings yang terhempas di Kudat, Sabah petang semalam akan didedahkan sepenuhnya kepada umum.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sedang menunggu laporan terperinci mengenai kejadian itu daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS).

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

hishammuddin“Saya memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa saya akan pastikan hasil siasatan ini akan didedahkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, Jumaat.

Katanya, beliau berharap dan turut mendoakan kesemua mereka yang cedera pulih secepat mungkin.

Dalam kejadian jam 2.50 petang, sebuah pesawat MASwing membawa 16 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Kudat, Sabah menyebabkan pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96 maut, dan beberapa yang lain cedera.

Pesawat MH3002 itu dari Kota Kinabalu ke Kudat.

Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.-11/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 October 2013 3:26 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: