Kategori Berita Utama

Siasatan SPRM tunjuk MB Johor bersih

26 MAC: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin disahkan tidak menerima rasuah dalam kes penukaran status lot perumahan Bumiputera kepada bukan Bumiputera di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mendapati tiada sebarang bukti kukuh susulan dakwaan oleh wakil rakyat DAP, Wong Shu Qi.

“SPRM sudah menyiasat maklumat yang diterima terhadap Khaled Nordin, namun mendapati maklumat itu tidak berasas,” katanya melalui jawapan balas terhadap soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di Parlimen, hari ini.

Terdahulu Pua meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan sama ada SPRM sudah menjalankan siasatan ke atas laporan rasuah yang mengaitkan bekas Menteri Pengajian Tinggi itu.

Skandal hartanah di Johor bermula tahun lalu apabila bekas EXCO kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi berdepan 33 pertuduhan rasuah.

Ia mula dibangkitkan oleh Shu Qi yang mengemukakan persoalan di Dewan Negeri sama ada Khaled pernah menerima wang berjumlah RM12 juta berhubung penukaran status tanah terbabit.

ADUN Senai dikatakan memperolehi maklumat dari sebuah laman web yang didakwa membocorkan kenyataan saksi dalam siasatan yang dijalankan oleh agensi pembasmi rasuah negara.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, Khaled dilaporkan menafikan dakwaan terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2018 6:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: