Hubungan Arab Saudi dan Iran tegang sejak berdekad lalu dan keadaan semakin memuncak ekoran campur tangan Teheran dalam konflik di Syria dan Yemen.

Menerusi satu kenyataan, sidang kemuncak itu menyelar penggunaan senjata kimia terhadap rakyat Syria dan mendesak siasatan antarabangsa bebas diadakan untuk mencari dalang terlibat.

“Kami mahu siasatan itu dapat mencari dalang sebenar dalam kes-kes serangan kimia di Syria dan mengheret sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan,” jelas kenyataan tersebut.