Kategori Berita Antarabangsa

Sidang Liga Arab bincang konflik Syria

15 APRIL: Semua pemimpin Liga Arab kecuali Presiden Syria, Bashar al-Assad berhimpun di Arab Saudi bagi menghadiri sidang kemuncak yang membincangkan konflik Syria yang semakin parah.

Riyadh menetapkan pendirian tegasnya, bersatu menentang pesaingnya, Iran dalam perhimpunan bermula hari ini yang dihadiri 22 negara.

Foto fail

Laporan AFP menyebut sidang kemuncak bermula 24 jam selepas Amerika Syarikat, Perancis dan Britain melancarkan serangan udara ke atas Syria sebagai tindak balas serangan kimia terhadap pemberontak di Timur Ghouta, hujung minggu lalu.

Sidang kemuncak Liga Arab yang ditubuhkan pada 1945 dan jarang mencapai kata sepakat.

Kali terakhir, blok itu sependapat adalah pada 2011 apabila menggantung keahlian Syria berikutan peranan rejim Assad dalam perang.

Raja Arab Saudi, Raja Salman dijadual mempengerusikan sidang kemuncak hari ini

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 3:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: