Kategori Berita Utama

Sikap buruk Anwar terus didedahkan bekas rakan karibnya

13 DIS: Bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Datuk S.Nalakaruppan terus mendedahkan sikap buruk Ketua Pembangkang itu kerana mahu rakyat sentiasa mengigati bahawa Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri.

Selain bermacam-macam pembohongan termasuk terbaru isu pengundi Bangla yang didakwa menyokong Barisan Nasional (BN), beliau mengulangi tahu banyak kehidupan peribadi kerana 35 tahun bersahabat dengan Anwar.

Nalla turut mempertikaikan keberadaan Ketua Umum PKR itu di luar dengan dengan menunjukkan gambar Anwar bersama seorang wanita ketka rakyat menghadapi  banjir di negara ini.

nallaanwar

Nalla pernah jadi rakan karib Anwar selama 35 tahun

Beliau mendedahkan perilaku Anwar itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Negara, pada Khamis walaupun berkali-kali cuba dihalang Senator Saiful Izham Ramli.

Menurut beliau, Anwar tidak layak menjadi perdana menteri ekoran sikap tidak bertanggungjawab dan berbohong dalam banyak perkara termasuk melibatkan kes liwatnya yang sudah 65 kali ditangguhkan.

“Anwar ini banyak membohong, dulu berkenaan kes liwat, sampai saya terlibat meringkuk di dalam penjara kerana beliau, yang baru-baru ini pula berkenaan dakwaan kepada kerajaan pasal 40,000 orang Bangladesh mengundi dalam PRU13 yang lalu,” katanya.

Nallakarupan berkata, beliau sudah disaman Anwar kerana pendedahan sebelum ini tetapi beliau tidak gentar malah mahu Anwar terus menyamannya.

Kata Senator itu, membuat pendedahan itu kerana rasa bertanggungjawab untuk melindung negara dari ditadbir oleh pembangkang yang dipimpin individu terbabit.

Namun, sepanjang pendedahan itu, Saiful Izham terus cuba menghalang dengan alasan melanggar peraturan dewan.

Bagaimanapun, bantahan senator lantikan negeri pembangkang itui ditolak Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujangdengan menyatakan bahawa pembahas bertanggungjawab dengan segala fakta yang diucapkan di dalam dewan.

“Ahli Dewan kena faham, tiada unsur jahat dalam perbahasan ni, dan tiada kata biadap yang diucapkan Yang Berhormat (Nallakarupan), tetapi saya nak ingatkan kepapa sahaja yang berucap bertanggungjawab dengan segala perkara yang diucapkan di dalam dewan,” katanya.

Saiful terus menyatakan rasa tidak puashati terhadap Speaker yang membenarkan Nalla meneruskan perbahasan atas alasan senator berkenaan secara jelas mahu memalukan Anwar..

Senator Baharuddin Abu Bakar kemudian mencelah dengan menyatakan pembangkang selalu memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya di Dewan Rakyat.

Kenyataan itu dapat  ‘menutup mulut’  Saiful Izham sehingga Nalla menyelesaikan perbahasannya.

Nalla turut menambah bahawa pendedahan beliau ini berniat untuk memberitahu orang ramai berkenaan Anwar yang merupakan sahabat karib selama 35 tahun mempunyai macam-macam karekter.

“Saya tidak mahu negara tergadai atau dipimpin oleh perdana menteri ada masalah moral, negara ini negara Muslim dan saya sendiri akan mempertahankan negara ini walaupun asal saya dari India tetapi saya adalah warganegara Malaysia Saya akan pertahankan negara dengan darah saya sendiri,” katanya. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 December 2013 1:42 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: