Kategori Berita Utama

Sikap telunjuk lurus kelingking berkait Rafizi dikecam

26 NOV: Tindakan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli tak ubah seperti telunjuk lurus kelingking berkait apabila bertanya soalan tambahan yang tiada kena mengena dengan soalan asal lisan seolah-olah mahu memerangkap menteri yang menjawabnya.

Namun, tindakan Rafizi bertanya soalan asal berhubung jumlah cuti bagi jemaah haji tetapi bertanya soalan tambahan keluar daripada topik soalan asal memakan diri sendiri apabila dibidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Yang Berhormat Pandan (Rafizi) baru balik Mekah, dapat haji, selamat mendapat haji yang mabrur. Semoga kita sentiasa menjaga perawakan dan lidah kita supaya sentiasa bertaraf haji, bukan hanya dia (Rafizi) seorang tetapi semua sekali di sini ramai yang bertaraf haji, jagalah taraf haji kita dengan menjaga mulut kita,” kata Shahidan mengakhiri jawapan berkaitan urusan Tabung Haji di Dewan Rakyat, Selasa.

Rafizi ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Shahidan pada Selasa

Rafizi sengaja tanya soalan tambahan yang tiada kaitan dengan soalan asal lisan

Rafizi dalam soalan tambahannya menyatakan Tabung Haji ada membuat pelaburan bernilai mencecah RM100 juta dengan sebuah syarikat tetapi baru-baru ini pegawai-pegawai kanannya telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyeleweng dana Felda dalam satu skim pelaburan yang hampir sama dengan apa yang dimeterai dengan Tabung Haji.

“Apakah asas-asas yang mendorong Tabung Haji memeterai pelaburan-pelaburan ini, apakah prestasi setakat ini, dan kenapa melabur dalam syarikat yang diragui integritinya yang mana pegawai kanan syarikat itu telahpun dihadapkan ke mahkamah kerana menyeleweng dana” kata Rafizi dalam soalan tambahan secara lisan.

Shahidan lantas bangun menjelaskan beliau menjawab soalan sal Rafizi berhubung jumlah cuti haji kakitangan Kerajaan bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Soalan ini adalah berlainan daripada soalan asal yang ditanya. Jadi saya menjawap ini bagi pihak JPA. Tetapi kalau bekenaan haji (soal pelaburan dan lain-lain) kenalah menteri haji (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom) yang menjawab. Jadi saya akan sampaikan maklumat ini kepada menteri haji untuk menjawab” ujar Shahidan.

Rafizi asalnya mengemukakan soalan lisan kepada Perdana Menteri mengenai sebab-sebab cuti menunaikan haji kepada kakitangan Kerajaan dihadkan kepada 40 hari sahaja sedangkan tempoh masa menunaikan haji di bawah kelolaan Tabung Haji ada yang mencecah 45 hari.

Beliau bertanya adakah kerajaan bercadang menyelaraskan cuti haji sehingga maksimum 50 hari sejajar dengan tempoh masa menunaikan haji kelolaan Tabung Haji.

Bagi soalan asal itu, Shahidan menjelaskan, tempoh cuti 40 hari yang diberikan sebenarnya sudah memadai.

Ia berasaskan kepada 30 hari tempoh menunaikan haji, tempoh persediaan lima hari sebelum pergi dan tempoh rehat lima hari selepas kembali ataupun masih berada di Mekah.

“Haji ini kita tidak perlukan tempoh 40 hari. 40 hari (cuti) ini adalah satu keistimewaan luarbiasa yang diberikan oleh kerajaan kepada kakitangannya.”

“Tetapi biasanya hanya lapan hari (diperlukan untuk mengerjakan haji). Kalau masuk 8 haribulan, 9 haribulan wukuf, 10 haribulan kita berada di Mina, kemudian kita melontar selama tiga hari, kita balik buat tawaf wida’ kemudian kita terus ke Madinah dan seterusnya balik ke Malaysia, lapan hari sudah mencukupi ” jawap Shahidan seolah memberikan kursus haji kepada Rafizi yang baru sahaja pulang dari Mekah.

Tindakan Rafizi itu turut dikecam ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Rizal Merican yang bangun memuji perananTabung Haji.-BNBBC.MY

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 November 2013 1:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: