Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Siling wad pediatrik HUSM runtuh dilanda ribut

12 JULAI: Seorang ibu bersama dua anaknya termasuk berusia 10 bulan nyaris cedera apabila apabila siling Wad Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian runtuh menghempapkan mereka malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu turut menyebabkan tingkap serta siling wad yang menempatkan 24 pesakit kanak-kanak itu pecah.

Bagaimanapun tiada kemalangan nyawa dan kecederaan teruk dilaporkan berlaku.

Kejadian tersebut disebabkan hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan itu.

Sementata itu,  mangsa, Aina Mardiah, 27, berkata, ketika kejadian, dia berada di atas katil bersama dua anaknya, Faiz Iskandar Mohd. Faizal, dan Nur Auliya Batrisya.

“Hujan lebat serta ribut kuat telah mengakibatkan beberapa siling tercabut dan menghempap saya dan anak.

“Ketika itu, saya hanya fikir keselamatan anak-anak sahaja. Saya kemudian lari membawa mereka ke kawasan selamat kerana bimbang keadaan akan jadi bertambah buruk,” katanya kepada utusan online di HUSM hari ini.

Sementara itu, Pengarah HUSM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan memaklumkan tiada pesakit yang mengalami kecederaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 July 2017 11:45 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: