Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Simpanan air hanya tinggal 1 peratus

Satu peratus simpanan bekalan air yang tinggal sekarang ini bakal mengundang krisis gangguan bekalan air yang kritikal di masa akan datang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sehubungan itu, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kassim meminta kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyegerakan keputusan untuk memberi kebenaran merancang bagi pelaksanaan Projek Langat Dua.

“Secara dasarnya kerajaan negeri Selangor melalui Unit Perancang Ekonomi mengakui simpanan air yang ada sekarang ini sekitar 1% cukup kritikal…simpanan air 1% bukan sesuatu yang ideal untuk kita melihat keseluruhan pelaksanaan projek pembangunan yang berlaku di negeri Selangor.

langat2“Kita sudah buat program yang dicadang oleh kerajaan negeri seperti mitigrasi program tapi ianya tidak akan selesai sehingga 2017,” kata beliau ketika ditemui bnbbc.my di Parlimen.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan Projek Langat Dua akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun itupun secara ‘fast track’.

Ketika ditanya isu berkaitan dengan konsesi air seperti SYABAS, PUNCAK NIAGA, ABAS dan SPLASH dengan kerajaan negeri Selangor, beliau menganggap ianya telah selesai kerana kerajaan pusat telah setuju perbincangan diadakan secara terus diantara mereka.

“Dari segi struktur untuk pengambilalihan itu terserah kepada mereka…dah selesai, kerajaan pusat akan memberi bantuan sewajarnya kerana setakat hari ini sebanyak lebih 700 projek tidak dapat diluluskan kerana masalah kekurangan air,” ujarnya.

Justeru itu, kata beliau, pertimbangan Khalid dalam menyelesaikan masalah ini adalah dituntut dengan kadar yang segera selari dengan penstrukturan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan pusat berhubung penyelesaian secara holistik.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Ismail berkata SPAN sedang merancang untuk membina pagar ditepi sungai untuk mengelak pencemaran air yang semakin serius.

Beliau menjelaskan sebahagian daripada pengguna mendapat mendapat bekalan air dari sungai sebagai sumber utama ismailkassimdan bukannya bergantung kepada empangan.

“Sekarang ini masalah penduduk yang tinggal ditebing-tebing sungai…kita tidak mahu bagi mereka ruang untuk mereka buang air kumbahan ke dalam sungai SSP1, SSP2 dan SSP3.

“Jadi kalau kita tidak menjaga keselamatan seperti kes tumpahan diesel baru-baru ini…itu adalah diantara contoh perkara itu boleh berlaku…kalau orang letak racun bagaimana?,” tegas beliau. 27/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2013 10:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: