Kategori Berita Utama

Jangan lebih sudu daripada kuah, Cameron Highland milik MyPPP

24 NOV: Pemimpin-pemimpin pemuda Barisan Nasional (BN) diseru berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan supaya tidak kelihatan lebih sudu daripada kuah.

Peringatan ini dilontarkan oleh Presiden MyPPP Tan Sri Kayveas yang kecewa susulan tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon menyeru ahli-ahli parti itu di Cameron Highland menyokong Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivara pada PRU ke-14 dalam satu program baru-baru ini.

“Itu lagi pemimpin belia MCA tak tahu apa pasal politik, dia tidak matang dalam politik, dia tak tahu apa.

“Tiba-tiba ini orang daripada Negeri Sembilan datang, tak tahu apa pun tapi dia tahu saya nak bertanding di situ, dia ada kuasa ke nak pilih calon, undi calon, ini bukan masanya kempen pilihanraya lah sekarang.

“Calon punya nama pun belum lagi diumumkan, ini hanya masa orang buat kerja di bawah,” selar Kayveas.

Beliau berkata demikian pada satu sidang khas media, di ibu pejabat MyPPP, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Menurutnya, pemimpin muda MCA itu kemungkinan tidak tahu perbincangan antrara beliau dengan presiden parti itu Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini.

“Saya telah bincang dengan dia punya presiden, kerusi DUN Tanah Rata kita akan tolong, dan Tiong Lai kata dia nak ambil kerusi kita di Pasir Pendamar.

“MCA kata dia boleh menag kerusi itu walaupun itu kerusi tradisi pembangkang.

“Saya cakap setuju ambil lah kerusi itu, dan kita janji akan bantu MCA di Tanah Rata dan kerusi Parlimen Cameron Highland yang MyPPP akan bertanding dia juga akan bantu,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap Sin Woon berhati-hati dalam segala tindakan atau kenyataan yang bakal dikeluarkan bagi memastikan semangat perpaduan parti-parti komponen BN tidak terjejas.

“Kita kena tengok, ada tempat kita boleh buat kenyataan, bukan semua perkara kita senang-senang nak buat kenyataan, kena tengok level, apa isu, apa tempat.

“Jaga apa kita cakap, apa forum, apa isu, ini memang kita kena jaga kita punya cakap. Dapat microfon cakap sahaja, jumpa lagi satu pemuda cakap sokong dia, tak boleh macam ini,” tegas Kayveas.

Menurut Kayveas, MyPPP telah bekerja keras untuk turun padang membantu rakyat di Cameron Highland sejak wakil rakyat di parlimen tersebut Datuk Seri G Palanivel diisytiharkan sebagai wakil rakyat bebas.

“Saya ingat ini budak muda baik punya orang, tapi mengecewakan saya. Kita telah buat kerja selama lebih tiga tahun di sana.

“MyPPP juga telah berjaya menambah lebih 5,000 pengundi di DUN Tanah Rata walaupun itu kerusi MCA.

“Tapi bila kamu ada program, telefonlah kita dan panggil kita untuk semangat BN.

“Jangan datang satu dua orang dengan pemuda kamceng dengan kamu tiba-tiba suka-suka buat kenyataan. Tak bolehlah ini macam,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 November 2017 6:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: