Kategori Berita Utama

SJKC tidak ditutup – TPM

29 DIS: Kerajaan memberi jaminan tidak akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) walaupun terdapat sebilangan dikategori Sekolah Kurang Murid.

Mengulas perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bukan saja memastikan semua 1,298 SJKC terus beroperasi malah kerajaan meluluskan pembinaan 10 lagi sekolah jenis berkenaan pada tahun ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir di Majlis Penyampaian Sumbangan Peralatan Persekolahan kepada murid di SJKC Chong Sang, Bagan Datuk.

“Ini adalah bukti jelas bahawa kita tidak pernah mengenepikan SJKC meskipun pembangkang terus menabur fitnah kononnya SJKC akan dihapuskan.

“Malah, terdapat 464 SJKC berada dalam kategori SKM iaitu mempunyai 150 murid atau kurang, itupun kerajaan tidak tutup tetapi terus beri peruntukan dan mengiktiraf Lembaga Pengelola sekolah berkenaan,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika merasmikan Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong San, Bagan Sungai Burung hari ini.

Sementara itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata kerajaan Persekutuan memberi mesej yang  jelas supaya golongan pendidik di SJKC terus memberi tumpuan mendidik tanpa terpengaruh dengan sebarang khabar angin mengenai kedudukan sekolah terbabit.

Ahmad Zahid berkata, dasar pendidikan negara sebelum ini menyatakan tiada penambahan SJKC tetapi dibenarkan melakukan penambahbaikan terhadap sekolah sedia.

Bagaimanapun, katanya, di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukan saja sekolah sedia ada dinaiktaraf,  namun 10 sekolah baharu diluluskan untuk pembinaan.

“Walaupun penambahan ini tidak digemari oleh mereka yang mahu mempertikai pelaksanaannya, tetapi soal pendidikan dan keharmonian kaum harus dihormati,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 December 2017 5:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: