Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Skandal PKFZ: Kong Choy turut dibebaskan

13 JAN: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan itu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Rahim di dalam kamar yang turut membenarkan permohonan Kong Choy, 58, supaya wang jaminannya sebanyak RM1 juta dikembalikan.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Kong Choy memberitahu pemberita bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kesemua pertuduhan terhadap anak guamnya selepas menghalusi representasi yang dikemukakan.

Menurut beliau lagi, pihak pendakwaan juga menarik balik pertuduhan itu selepas mempertimbangkan keterangan saksi dalam perbicaraan bekas menteri pengangkutan Tun Ling Liong Sik yang menghadapi pertuduhan menipu kerajaan berkaitan projek yang sama.

Chan Kong Choy dilepas dan dibebaskan setelah pihak pendakwaan menarik balik kes.

Chan Kong Choy dilepas dan dibebaskan pada Isnin setelah pihak pendakwaan menarik balik kes.

Sebaik dimaklumkan oleh peguamnya mengenai keputusan mahkamah itu, Kong Choy yang berada di galeri awam kelihatan lega manakala penyokong beliau turut bertepuk gembira sambil menguca tahniah kepadanya.

Chan berdepan tiga pertuduhan menipu Abdullah dengan memperdayakan bekas perdana menteri itu untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna bagi menjalankan pembangunan projek hub penghantaraan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Liong Sik, 70, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir kes pembelaan selepas mendengar keterangan semua saksi.-bnbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2014 2:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: