Kategori Berita Antarabangsa

Skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan diminta letak jawatan

21 JAN: Parti memerintah Afrika Selatan Kongres Nasional Afrika (ANC) dilaporkan sedang berusaha menyelamatkan ‘air muka’ presiden negara itu, Jacob Zuma melalui jalan terbaik untuk menyingkirkan pemimpin yang terpalit dengan kontroversi dan skandal.

Lapor saluran televisyen eNCA, Majlis Eksekutif Kebangsaan ANC sudah bermesyuarat dan berpendirian untuk memohon Zuma meletakkan jawatan secara baik atau enam anggota tertinggi majlis itu bakal memaksanya berundur.

Namun tidak disebut dari manakah sumber berita itu diperoleh.

Seorang jurucakap wanita ANC, Khusela Diko ketika ditanya enggan mengesahkan laporan itu dan meminta agar wartawan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat parti itu semalam yang tidak menyentuh langsung mengenai perkara itu.

Bagaimanapun salah seorang anggota majlis itu yang enggan dinamakan mengesahkan keputusan itu adalah sebulat suara.

Penggal presiden Zuma hanya akan tamat pada tahun hadapan.

Kepimpinan parti itu bergolak selepas Zuma dikatakan terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, yang dinafikannya sekeras-kerasnya.

ANC sebelum ini melantik pemimpin baharu, Cyril Ramaphosa untuk menggantikan Zuma sebagai pemimpin parti.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 January 2018 9:57 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: