Kategori Berita Antarabangsa

Skandal seks dengan pegawai, TPM Australia letak jawatan

23 FEB: Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce dilaporkan meletakkan jawatan selepas didakwa tidur dengan bekas setiausaha akhbarnya sehingga wanita itu mengandung.

Pengumuman itu dibuat di bandar Armidale yang diwakilinya pada Jumaat.

“Saya akan katakan di bilik parti pada pagi Isnin yang saya akan letak jawatan sebagai pemimpin National Party dan timbalan perdana menteri Australia,” lapor Agensi.

Beliau turut memuat naik perkara sama di laman media sosial Twitter.

Sebelum ini, Joyce pernah bertekak dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull disebabkan skandal seks itu melanggar peraturan sebagai seorang menteri.

Menurut undang-undang Australia, seorang menteri tidak dibenarkan menjalinkan hubungan sulit dengan pegawainya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 February 2018 4:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: