Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sofi Jikan tak mengaku hisap dadah

13 FEB: Mohamad Shoffi Jikan atau dikenali Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC) ke dalam badannya pada minggu lalu.

Pelakon berusia 48 tahun itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan hari ini di hadapan Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Nurulhuda Zakariya.

Sofi Jikan (foto fail)

Bagi perbuatan itu, Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika bersalah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy manakala pelakon itu diwakili peguam Datuk Haniff Hassan.

Pada Jumaat lalu, Sofi dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tiga hari untuk membantu siasatan berhubung laporan polis dilakukan oleh pengarah, Datuk Farid Kamil.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2018 11:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: