Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sokong DAP pun dapat pinjaman

“Tiada masalah, tiada diskriminasi…RM104 juta kita bagi kepada orang Pulau Pinang…sedangkan kita tahu banyak orang Pulau Pinang tidak sokong UMNO pun, sokong DAP…saya ada senarai ini,” kata Datuk Tajuddin Abdul Rahman menempelak tuduhan tidak berasas ahli Parlimen PKR Bayan Lepas, Sim Tze Tzin.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melepas geram terhadap ahli Parlimen pembangkang itu  yang menuduh Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) hanya untuk ahli UMNO.

tekunMenurut Tajuddin, TEKUN tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan pinjaman kepada mana-mana pihak walaupun antara prasyarat memohon pinjaman berkenaan individu berkenaan perlu menjadi ahli UMNO.

Pertengkaran tidak terhenti di situ sahaja, Sim Tze terus mempertikaikan kadar bayaran balik hutang pinjaman sekitar 55.5 peratus yang tidak mengikut piawaian antarabangsa iaitu lebih 85 peratus.

Tajuddin menjelaskan jumlah kutipan semula daripada RM2.8 bilion sejak dimulakan pada 1998 ialah berjumlah RM1.677 bilion.

“Kiraan yang berhormat itu tidak betul…ini bukan soal kadar, ini soal berapa yang sudah dikutip dan berapa yang belum tajuddinrahmandikutip…adakah yang belum dikutip itu hutang lapuk atau hutang tidak lapuk.

“Bayaran RM1.6 bilion itu yang telah kita kutip dan bakinya banyak permohonan-permohonan baru. Tunggulah masanya sampai dia matang…apa yang bengong sangat,” tegas beliau.

Jawapan Tajuddin kemudiannya disambut oleh ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang turut membidas Sim apabila berkata; “Soalan bodoh dapatlah jawapan bodoh.”

Daripada tahun 2008 hingga 2013, Tajuddin berkata sejumlah 22,524 permohonan dengan nilai RM2.35 bilion telah diluluskan dengan sejumlah 5,393 permohonan bernilai RM155 juta ditolak.

Manakala sejumlah 6,549 permohonan dengan nilai RM128 juta masih lagi dalam proses permohonan. -23/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2013 6:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: