Kategori Berita Utama

Sokong saya kuatkan Gerakan – Presiden baharu

Presiden baharu Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berjanji untuk menjadikan Gerakan sebuah parti yang lebih kuat apabila berakhirnya penggal pertama beliau menyandang jawatan itu pada 2016.

Mah berkata, beliau merancang untuk melakukan beberapa perubahan terhadapGerakan dan meminta pemimpin lain serta anggota parti itu supaya memberi sokongan padu kepadanya.

“Percayalah kepada saya. Anda (anggota pewakilan) sudah memilih saya sebagai presiden baharu. Oleh itu, sekarang berilah masa dan sokongan kepada saya untuk menambah baik parti ini.

mahgerakan“Saya tahu, apabila saya melaksanakan perkara baharu selepas ini, ramai yang tidak akan gembira dengan saya. Tapi, tolonglah, jangan tergesa-gesa membuatandaian. Usah lihat bagaimana saya memulakannya (sebagai presiden parti), tapilihatlah bagaimana saya menyempurnakannya (tugas saya) pada akhir penggal pertama nanti,” katanya.

Mah menyatakan perkara itu dalam ucapan sulungnya sebagai presiden parti ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada akhir Persidangan Perwakilan Kebangsaan Ke-42 Gerakan di Menara PGRM, di Kuala Lumpur  Ahad.

Mah memberitahu anggota perwakilan bahawa Gerakan mempunyai masa depan yang cerah dan akan terus relevan dalam landskap politik semasa.

Ketika menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mah melahirkan harapan agar Najib meluaskan konsep 1Malaysia kepada segenap lapisan masyarakat.

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, semangat 1Malaysia begitu kuat, tapi selepas itu, saya dapati ia agak menurun sedikit. Kita sudah memulakan kempennya, maka kini kita tidak boleh berundur.

“Saya harap kita akan meneruskan kempen ini untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudian, Mah berkata walaupun majoriti barisan penyandang jawatan dalam parti itu adalah muka baharu, namun orang lama tidak akan diketepikan.

“Muka baharu ini akan menjadi kesinambungan kepada muka lama. Ini tidak bererti muka-muka lama akan tiada lagi. Muka lama tetap akan menyokong dari belakang,” katanya.

Ditanya sama ada Gerakan akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) seperti yang disuarakan ramai anggota perwakilan, Mah menegaskan bahawa perkara itu tidak akan berlaku kerana ia bukan merupakan pendirian majoriti anggota parti.-27/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2013 10:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: