Kategori Berita Utama

Solidariti Anwar hambar

13 FEB : Suasana di hadapan penjara Sungai Buloh hambar apabila kurang daripada 50 orang penyokong hadir bagi menyatakan solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MAHLIGAI ANWARHebahan jemputan yang dikeluarkan Pejabat Anwar sendiri sejak semalam bagi mengajak orang ramai mengiringi anggota keluarganya ke penjara jam 2 petang tadi nyata gagal mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan.

Yang hadir hanyalah isteri Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berserta keluarga dan segelintir penyokong tegar.

MAHLIGAI ANWAR 2Wan Azizah dilaporkan memasuki kawasan penjara sekitar jam 1.30 tengahari dan keluar jam 4 petang.

Kehadiran yang rendah penyokong Anwar memudahkan beberapa petugas mengawal keselamatan kawasan daripada sebarang insiden tidak diingini.

Benarlah pepatah lama yang berbunyi, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis……

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 5:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: