Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SOP supaya JAIS ikut telunjuk kerajaan PR

9 JAN:  Seperti diduga, kerajaan pakatan di Selangor tidak tunggu lama untuk  mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu memaklumkan terlebih dahulu tindakan penguatkuasaan  kepada kerajaan negeri.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, apa juga tindakan yang bakal diambil JAIS akan melalui perbincangan bersama melibatkan pihak kerajaan negeri, JAIS dan juga Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

khalidtuanku

Khalid sepatutnya tahu JAIS dan MAIS di bawah bidang kuasa Sultan Selangor

“SOP itu termasuk semua tatacara, maknanya termasuk kalau ada perkara yang sensitif kita akan ambil kira, bukan sahaja undang-undang dan juga akibat, takut ia diputar belit.

“Exco Agama juga bukan sahaja perlu dapatkan kebenaran, tetapi Exco juga harus memantau JAIS supaya tidak ada salah faham dan juga salah lapor.

“Kerajaan Negeri, MAIS dan JAIS untuk memastikan penguatkuasa akan datang dijalankan secara tertib dan bertanggungjawab.

“Perbincangan melibatkan tiga pihak ini akan diadakan bagi mengambil kira sensitiviti penganut agama-agama,” katanya, pada Rabu .

Keputusan merombak SOP JAIS ini ekoran pemeriksaan pihak berkuasa agama itu di pejabat Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini yang mencetuskan bantahan pihak terbabit.

Dengan arahan baru ini, kerajaan pakatan menguatkan cengkaman terhadap JAIS demi menjaga kepentingan politik mereka kerana khuatir akan hilang pengaruh jika pihak berkuasa agama itu bertindak demi menegakkan undang-undang Islam membabitkan kesalahan dilakukan penganut agama lain.

Ini bermakna serbuan JAIS terhadap pusat-pusat hiburan yang menjual minuman keras kepada pelanggan Melayu juga perlu mendapat kelulusan Exco Agama dan kerajaan negeri.

Khalid berkata, hanya serbuan terhadap mereka yang tidak berpuasa sahaja dikecualilkan SOP tersebut.

Apakah dengan mengekang kuasa JAIS ini bermakna pihak berkuasa di bawah MAIS itu akan berdiam diri dan mengikut telunjuk kerajaan negeri sahaja?

Ini pasti bakal mengundang pelbagai persepsi dan rakyat kini boleh menilai wajah sebenar pemerintah pakatan rakyat yang bertindak hanya untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Difahamkan, MAIS akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada Khamis mengenai tindakan JAIS sebelum ini dan arahan SOP terbaru kerajaan negeri.

Khalid barangkali terlupa bahawa sebelum beliau memutuskan perkara ini, beliau sepatutunya berunding terlebih dahulu dengan MAIS setidak-tidaknya untuk mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 January 2014 9:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: