Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPAD bakal perkenal perkhidmatan tram

6 MAC: Sistem perkhidmatan tram akan diwujudkan semula di negara ini dan bakal diperkenalkan sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Seri Azharuddin Mat Sah berkata pihaknya mendapati sistem pengangkutan itu lebih cekap dan mesra alam sekitar, selain kos pembinaan lebih murah berbanding perkhidmatan monorel.

“Tram yang bakal diperkenalkan lebih baharu, moden dan senyap. Kita mengambil contoh tram di negara seperti Taiwan, China dan Eropah.

“Buat permulaan, tram ini akan beroperasi sejauh 53 kilometer membabitkan kawasan sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang.

“Kita akan pastikan sistem tram ini dihubungkan dengan pengangkutan awam yang lain antaranya Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan bas bagi memudahkan akses orang ramai,” katanya di ibu kota hari ini.

Perkhidmatan tram pernah beroperasi di Georgetown, Pulau Pinang pada 1880an oleh British yang mengunakan enjin kuasa wap dan seterusnya kuasa elektrik.

Bagaimanapun terdapat laporan bahawa perkhidmatan berkenaan dihentikan operasi pada 1957 atas sebab-sebab tertentu.

Sementara itu, Azharuddin berkata, setakat ini pihaknya dalam perancangan membuka proses Permohonan Cadangan (RFP) dalam tempoh tiga ke enam bulan lagi.

“Kita sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi projek berkenaan dan kini dalam proses RFP sebelum tender dibuka.

“Selepas itu, barulah kita cadang untuk memperluaskan sistem ini secara berfasa ke negeri lain,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 9:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: