Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPAD, JASA bubar, gaji menteri dipotong 10%

23 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji menteri dipotong 10 peratus berkuat kuasa serta-merta, manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dibubarkan.

“Gaji menteri sebenarnya lebih rendah daripada sesetengah penjawat awam berpangkat tinggi.

“SPAD tidak akan dikekalkan, sebaliknya tugas ini kembali kepada Kementerian Pengangkutan. JASA akan dibubarkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN).

“Untuk MPN, pada mulanya ia satu badan yang kita guna untuk dapatkan maklumat dari orang yang berpengetahuan tinggi.

“Tetapi akhir-akhir ini, banyak unsur politik sehingga dipergunakan untuk menyokong kerajaan, sebab itu kita tidak mahu ulangi amalan tidak baik dahulu,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu.

Dr Mahathir berkata, tugas dan perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) turut dimansuhkan kerana mengandungi unsur politik.

“Kita ada pegawai kerajaan yang boleh jalankan tugas. Kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKKP kerana kita tidak mahu amalkan politik seperti dahulu,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 May 2018 2:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: