Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPAD: Kad bantuan pemandu teksi aktif

15 APRIL: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menafikan dakwaan bahawa Kad Bantuan Teksi 1Malaysia hanya akan diserahkan untuk digunakan pemandu teksi selepas pilihan raya umum seperti yang tular di media sosial.

Dalam kenyataan hari ini, agensi itu akan mengambil tindakan tegas jika golongan tidak bertanggung jawab terus membuat tuduhan liar.

“Dakwaan itu palsu kerana ribuan pemandu sudah mengambilnya selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan pada 13 April lalu.

“Malah kesemua kad sudah diaktifkan sebaik sahaja berada pada tangan penerima dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen PETRONAS di seluruh negara.

“Jika berita palsu ini masih berleluasa, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, berikutan sambutan mengalakkan,  pemandu teksi yang belum mengambil kad berkenaan digesa mengunjungi cawangan SPAD terpilih di Semenanjung Malaysia.

“Pemandu teksi diberi tempoh selama tiga bulan bermula 16 April sehingga 16 Julai untuk mengambilnya,” kata kenyataan itu lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 5:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: