Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPAD sita teksi pemandu enggan guna meter

13 FEB : ‘Ops Tegas’ Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) sejak 21 Jan hingga semalam menyaksikan 82 buah teksi disita kerana pemandunya bersikap degil dan enggan menggunakan meter.

Sepanjang tempoh operasi juga, SPAD menerima laporan membabitkan 481 kes kesalahan penetapan kadar tambang, enggan ambil penumpang dan tiada kad memandu.

spad dan teksiKes akan disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif Spad, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, pihaknya memberikan tumpuan kesalahan teksi tidak menggunakan meter kerana menerima aduan tertinggi.

“Pada tahun lalu, sebanyak 24,000 aduan diterima dengan 40 peratus daripadanya melibatkan teksi tak guna meter.

“Kita pandang serius perkara ini bagi menaikkan imej pengangkutan awam selain meningkatkan integriti dan prestasi terhadap orang awam.

“Kita turut menyamar  bagi mengesan pengguna teksi yang gagal patuhi peraturan di beberapa lokasi ‘panas’ seperti pusat beli-belah di Kuala Lumpur dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT),” katanya selepas Ops Tegas, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dalam pada itu, SPAD mengingatkan agar syarikat perkhidmatan bas ekspres memasang sistem peranti sistem pengesan global (GPS) bagi mengelak bas dipandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 11:19 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: