Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Speaker MCA tolak bahas usul jawatan Kabinet

22 DIS: Speaker MCA Datuk Yik Phooi Hong pada hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60 Ahad menolak usul yang cuba dibawa beberapa perwakilan ke Perhimpunan Agung MCA untuk membangkitkan resolusi tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan.

Yik menolak usul untuk membentangkan usul berkenaan atas alasan ia tidak mematuhi artikel mesyuarat yang ditetapkan perlembagaan parti itu.

Datuk Yik Phooi Hong, Speaker MCA

Datuk Yik Phooi Hong, Speaker MCA

Artikel mesyuarat 37.3 Perlembagaan MCA menggariskan sesuatu usul yang telah diputuskan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) memerlukan kehadiran 100 peratus atau 2,385 perwakilan pada perhimpunan itu.

“Bagaimanapun, hanya 1,258 perwakilan atau kira-kira 55 peratus ahli yang hadir hari ini. Ini tidak mencukupi syarat peraturan mesyuarat untuk membahas usul ini,” katanya.

Antaranya yang mengemukakan usul membincangkan perkara itu ialah Tan Sri Lee Kim Yew, perwakilan dari Parit Sulong.

Sehubungan itu, Yik berkata, jika resolusi itu mahu dibahaskan semula, ia hanya boleh dilakukan dalam EGM yang baharu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 December 2013 5:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: