Kategori Berita Utama

Speaker tegur MP pembangkang cakap macam-macam teori MH370

26 MAC : Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur ahli-ahli parlimen pembangkang kerana terus membangkitkan macam-macam soalan berkaitan tragedi pesawat MH370 di Parlimen.

Beliau khuatir kenyataan yang dibuat akan menambah kekusutan sedangkan kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Saya sendiri pun ingin tahu. Ada masa sampai jam 2 pagi belum tidur tengok berita luar negara. Kita harus sedar, negara kita kecil dan ada macam-macam kekangan sebab itu saya bersabar,” katanya.

Pandikar tegur semua Ahli Parlimen mahu berbahas panjang lebar, tetapi hujah tiada isi.

Pandikar Amin …tunggu RCI dan PSC

Beliau menegur ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad yang mendesak timbalan menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menjelaskan mengenai insiden MH370 membabitkan soal radar TUDM yang mengesan pesawat tidak dikenali pada malam kehilangan MH370 tetapi lewat memaklumkannya.

Menurut Pandikar Amin, banyak yang rakyat ingin tahu mengenai kejadian tersebut.

“Bila tanya (timbalan) menteri, tidak semua boleh dijawab. (Saya khuatir) Ada yang keluar dari mulut Yang Behormat akan tambah kekusutan…jangan perkembangluaskan,” ujarnya ketika persidangan menggulung perbahasan ucapan terima kasih titah Agong oleh Kementerian Pertahanan.

Beliau menasihatkan ahli-ahli parlimen menunggu keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung perkara itu.

“Saya sendiri setuju (tubuh RCI dan PSC). Biar ahli-ahli Yang Berhormat yang banyak teori ini dilantik dalam jawatankuasa berkenaan. Buatlah rumusan yang canggih-canggih, yang belum kita dengar. Saya juga ternanti-nanti,” ujar beliau. –bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2014 4:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: