Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Speaker tolak usul, tamparan hebat terhadap umat Islam

10 NOV: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang menolak usul pemerkasaan mahkamah syariah buat kali ketiga berturut-turut disifatkan penghinaan terhadap Islam dan Sultan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, keputusan itu amat mendukacitakan dan tamparan hebat kepada umat Islam di negeri Selangor.

Katanya, usul itu telah dianggap perkara picisan oleh Speaker DUN menyebabkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kecewa dengan penolakan usul berkenaan.

“Sudah tiga kali (usul) ini ditolak, sepatutnya usul ia diterima dan dijadikan enakmen untuk menyelesaikan beberapa kes yng tertunggak di mahkamah syariah.

“Saya amat berdukacita apabila usul ini ditolak sebab Islam agama negeri, Sultan ketua agama negeri, sepatutnya usul ini diberi peluang untuk perbahasan.

“Bagi saya ini satu penghinaan oleh Speaker DUN apabila menolak usul ini. Speaker menentang usul sebelum ia dibahas,” katanya kepada media di Bangunan Dewan DUN Selangor, Shah Alam, pada Jumaat.

Lebih mengecewakan, Sulaiman berkata, tindakan Speaker untuk memberi ruang usul berkenaan dibahas pada peringkat jawatankuasa membuktikan mereka tidak pandang serius usul berkenaan.

Jelasnya, peringkat jawatankuasa adalah tahap rendah untuk membahaskan usul yang penting selain peruntukan masa yang singkat.

“Usul yang saya bawa bagi perkasa mahkamah syariah bukan usul picisan, usul besar ia perlu dua jam sekurang-kurangnya untuk dibahaskan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 November 2017 8:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: