Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan berhati-hati delisting Bernas

21 NOV : Beberapa ahli Parlimen pembangkang sekali lagi membangkitkan isu penyahsenaraian atau delisting oleh Beras Nasional (Bernas) di Dewan Rakyat pada Khamis walaupun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan, kerajaan yang sudah mentadbir lebih 50 tahun pasti berhati-hati ketika membuat keputusan membenarkan urusan tersebut.

Ahli Parlimen PKR Alor Setar  Gooi Hsiao Leung bangun sebaik sahaja sesi soalan lisan selesai dan bertegas mahu membaca usul membincangkan perkara itu yang sudah ditolak dalam kamar oleh Speaker.

Pandikar Amin menegur Hsiao Leung kerana ketika sesi perbahasan Bajet tidak ada usul boleh dibahaskan kecuali diperingkat dasar dan jawatankuasa.

pandikaramin

PANDIKAR AMIN tolak usaha ahli parlimen pembangkang baca usul isu Bernas di Dewan Rakyat

Lagipun katanya, perkara dibangkitkan Alor Setar adalah soal ekonomi sama juga seperti isu jenayah bahawa perkara itu adalah berterusan.

“Saya tahu soal beras atau Bernas penting. Saya juga difahamkan ada perjanjian antara kerajaan dengan Bernas. Ini bermakna Bernas ada tanggungjawab walaupun sudah dilesting,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bangun mencelah meminta isu itu dibincangkan kerana membabitkan kepentingan orang ramai.

Tindakan Alor Setar dan Pokok Sena yang terus mendesak dewan mendengar usul itu mengundangkan rasa tidak puashati Pandikar Amin.

Katanya, beliau sudah membuat keputusan menolak usul itu dan jika ada yang tidak berpuashati, ahli-ahli Yang Behormat boleh mengemukan usul persendirian.

“Saya sudah ambil kira (tolak usul). Kalau kerajaan tak jawab, saya tak boleh paksa. Saya sudah timbang perkara yang harus saya ambil kira. Saya beri jaminan kalau herga beras naik mendadak selepas ini, saya akan benarkan usul ini dibawa nanti,” tegasnya. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2013 12:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: