Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPR nafi enggan bincang isu logo PKR

17 APRIL: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa agensi itu terlalu sibuk untuk membincangkan prosedur lambang PKR yang bakal digunakan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14.

SPR dalam kenyataan hari ini menjelaskan, pejabat penasihat undang-undang suruhanjaya itu sudah menerima surat secara serahan tangan oleh wakil parti pada Khamis lalu dan dicadangkan untuk mengadakan pertemuaan bersama pada pagi semalam.

“Bagaimanapun, ia tidak dapat dipenuhi kerana pihak kami perlu menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

“Dalam maklum balas tersebut juga pihak pejabat penasihat undang-undang turut memaklumkan bahawa perkara-perkara yang ingin dibincangkan itu sedang dalam proses untuk dimuktamadkan dan akan dimaklumkan kepada semua pihak berkepentingan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan mendakwa SPR menolak perjumpaan dengan  pimpinan PH kerana sibuk dengan urusan tertentu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 11:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: