Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPR: Tentukan PRK Nenggiri ditangan Speaker Kelantan

1 JUN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdulah Ya’kub mempunyai hak untuk menentukan sama ada Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri perlu diadakan atau sebaliknya, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah SPR Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab  bagaimanapun berkata pilihan raya kecil itu tidak semestinya wajib diadakan selepas melebihi tempoh tiga tahun.

“Selalunya apabila melebihi tempoh tiga tahun atau sudah lepas edah, pilihan raya kecil tidak perlu dibuat namun apa-apa pun bergantung kepada keputusan speaker DUN sama ada ingin mengadakan pilihan raya atau tidak.

“Pada masa sama, kita lihat kerajaan Kelantan masih stabil meskipun satu kerusi DUN terpaksa dikosongkan,” lapor Utusan Malaysia, Khamis.

DUN Neggiri diisytiharkan kosong selepas ADUN Nenggiri dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mat Yusoff Abd Ghani hilang kelayakan memegang jawatan tersebut berikutan berstatus muflis.

Abdullah dilaporkan menerima surat daripada Jabatan Insolvensi cawangan Selangor pada 28 Mei lalu yang memaklumkan mengenai kebangkrapan Mat Yusoff sejak 9 November tahun lalu.

Pada PRU-13, Mat Yusoff menewaskan calon PKR, Mohammad Azihan Che Seman dan calon Bebas, Abdul Aziz Mohamed dengan majoriti 3,849 undi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 June 2017 6:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: