Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM bakal sita 10 juta tan bauksit

12 OGOS: Keseluruhan simpanan stok bauksit berjumlah lebih 10 juta tan metrik akan disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap isu perlombongan haram di Pahang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki berkata, rampasan itu bagi menghalang bahan tersebut daripada dibawa keluar dari tempat penyimpanannya untuk tujuan perniagaan atau tujuan lain.

“Tindakan penyitaan bauksit berkenaan meliputi seluruh simpanan stok yang berada di tanah kerajaan dan persendirian di kawasan yang dikenal pasti di negeri itu,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

Tambahnya penyitaan itu dilakukan mengikut Seksyen 33 Akta SPRM 2009 dan mana-mana pihak yang melanggar notis arahan boleh didakwa mengikut Seksyen 69 akta sama.

Sehingga kini dianggarkan terdapat lebih 10 juta tan metrik bauksit yang dilombong serta disimpan di beberapa lokasi di Pahang.

Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM bakal mengadakan perbincangan bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam masa terdekat.

Tegas beliau, pihaknya akan mencadangkan kementerian itu bagi mengkaji semula pengeluaran Permit Kelulusan (AP) kepada pengusaha lombong bauksit serta membatalkan semua AP yang dikeluarkan sebelum ini.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 August 2017 8:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]