Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM di Menara FELDA

8 JUN: Lebih empat Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di Menara FELDA sejak jam 10 pagi tadi.

Mereka dipercayai berkunjung ke situ bagi mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Tindakan tu adalah selepas pihak pengurusan tertinggi FGV dilaporkan bersedia memberikan kerjasama dengan SPRM untuk siasatan dakwaan salah laku niaga.

Sebelum ini, empat pengurusan kanan FGV iaitu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd, Kamarzaman Abd. Karim diarah bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan berkenaan.

Semalam, Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata keempat-empat individu terbabit diarah bercuti sehingga siasatan selesai.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 June 2017 11:08 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: