Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM digesa dedah siasatan kekayaan keluarga Mahathir

10 MAC: Seramai 30 akar umbi Gagasan Sejahtera menyertai perhimpunan aman bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hasil siasatan kekayaan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad kepada umum.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Mohd Rozi Rashid berkata pihaknya berasa musykil dengan kekayaan luar biasa dimiliki ahli keluarga bekas perdana menteri itu.

Menurutnya, pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Mohamad Sabu tidak henti-henti mendedahkan perkara ini antara tahun 199 hingga 2017.

“Tapi kini pembangkang dilihat mendiamkan diri berhubung isu itu selepas Dr Mahathir menyertai pakatan pembangkang,” katanya di perkarangan Masjid Derga, Alor Setar, pada Jumaat.

Terdahulu himpunan berkenaan dianjurkan oleh Pemuda Gagasan Sejahtera Kedah yang disertai akar umbi PAS Pokok Sena dan NGO Islam Kedah selepas solat Jumaat

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 March 2018 12:02 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: