Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM mahu penduduk Labuan bekerjasama

13 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta penduduk Labuan untuk bekerjasama dengan suruhanjaya itu bagi membanteras rasuah dan menjadikan Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia itu sebuah kawasan persekutuan bebas rasuah.

Pengarah SPRM Labuan Penolong Pesuruhjaya Abdulamin Abdillah berkata usaha memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukan tugas suruhanjaya semata-mata malah harus disokong oleh semua lapisan masyarakat.

“Kita mesti mempunyai kecenderungan untuk membenci dan menolak rasuah, paling penting, orang ramai harus bekerjasama dengan SPRM untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya kepada Bernama.

Abdulamin berkata suruhanjaya itu menghargai sokongan rakyat tanpa mengira usia, kaum dan agama kerana “rasuah merugikan semua lapisan masyarakat”.

“Jika seseorang tidak melaporkan amalan rasuah, secara pasifnya, mereka menggalakkan rasuah dan membenarkan rasuah berlaku dengan bebas. Wang dan sumber cukai yang bertujuan bagi membina negara dibazirkan atau diambil untuk kepentingan peribadi dan ia perlu dihentikan dengan segera,” katanya.

“Kes-kes rasuah yang berkaitan dengan pengubahan hasil kerajaan, menghalang kutipan hasil, menimbulkan kerugian kepada kerajaan dan melaksanakan projek pembangunan tanpa mematuhi peraturan mesti ditangani dengan berkesan,” katanya. 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 2:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: