Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM mungkin panggil Shafie Apdal

12 OKT: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang berlaku semasa beliau mengetuai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Setakat ini belum pasti lagi, tetapi ada kemungkinan akan dipanggil,” lapor Astro Awani yamg memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Nama bekas Naib Presiden UMNO itu mula disebut selepas beberapa individu di Sabah termasuk adik beliau, Hamid Apdal dan bekas pegawai khasnya, Jamawi Jaafar direman oleh suruhanjaya itu pada Isnin lalu.

Pada masa sama, sumber itu juga mendedahkan bahawa tiga Ketua Pemuda dari UMNO dan WARISAN yang ditahan SPRM dipercayai berperanan sebagai pelobi projek berkenaan.

Sementara itu, Shafie dilaporkan engggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 October 2017 3:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]