Kategori Berita Utama

SPRM sahkan RM2.6 bilion hasil sumbangan bukan duit 1MDB

3 OGOS : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah dari ‘penyumbang’ dan bukan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa.

Kenyataan penemuan SPRM itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemberi sumbangan, tujuan sumbangan atau bagaimana wang itu dibelanjakan.

1MDB SPRM“Laporan siasatan membabitkan RM2.6 bilion sudah dimaklum dan dimajukan kepada Peguam Negara.

“Keputusan siasatan mendapati dana berjumlah RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah dari sumbangan penderma dan bukan dari 1MDB,” kata kenyataan SPRM itu.

Menurut SPRM, fokus agensi itu dalam Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dana itu ialah terhadap anak syarikat 1MDB, SRC international Sdn Bhd dan persoalan RM2.6 bilion itu.

Aspek lain diserahkan kepada pihak Polis dan Bank Negara Malaysia (BNM).

SPRM masih meneruskan siasatan berhubung pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

“SPRM mengulangi jaminan bahawa penyiasatan dilakukan secara bebas, telus dan profesional. Kami berharap semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh,” kata kenyataan itu lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 6:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: