Kategori Berita Utama

SPRM sahkan terima senarai calon saringan PRU14

6 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima senarai calon parti politik untuk saringan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata pihaknya yakin beberapa senarai calon daripada parti lain akan diserahkan dalam tempoh terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menyaksikan Pertukaran Dokumen Perjanjian lafaz Ikrar Bebas Rasuah antara SPRM dan Biro Hal Ehwal Kampung Baru di Dewan San Choon, Wisma MCA

“Mungkin mereka belum serah senarai kepada SPRM kerana calon parti politik berkenaan masih dalam penelitian pucuk pimpinan.

“Parti politik mana yang serah tidak perlu dimaklumkan… biarlah rahsia,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Cina, di Wisma MCA, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dzulkifli menjelaskan, maklumat tambahan yang diserahkan Parti Cinta Malaysia (PCM) mengenai isu terowong bawah laut Pulau Pinang kini dalam penelitian lanjut agensi terbabit.

Beliau berkata, maklumat berkenaan lebih berkisar kepada proses pembayaran penukaran hak milik tanah di Negeri Pulau Mutiara susulan pelaksanaan projek mega terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada Majlis Perjanjian lafaz ikrar bebas rasuah antara SPRM dan JKKK Kampung Baru di Dewan San Choon, Wisma MCA

“PCM bukan buat laporan kepada SPRM berhubung isu terowong bawah laut Pulau Pinang, tetapi mereka berikan maklumat tambahan mengenai perincian pembayaran tukar milik tanah susulan projek terbabit.

“Kalau ada asas, kita akan buka kertas siasatan bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 January 2018 6:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: