Kategori Berita Utama

SPRM sasar PRU-14 bersih rasuah

2 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertekad memastikan gejala rasuah dan salah guna kuasa tidak berleluasa ketika Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) berlangsung.

Berikutan itu, menurut ketua pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, pihaknya bakal mewujudkan bilik gerakan operasi di setiap negeri untuk memantau aktiviti berkenaan sepanjang pilihan raya berlangsung.

“Semua pegawai operasi  SPRM berada dalam keadaan bersedia 24 jam untuk menerima sebarang maklumat dan laporan berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang tertakluk di bawah Akta Pilihan Raya 1957 dan Akta SPRM.

“Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya menjelang PRU,” katanya yang dipetik dalam wawancara disiar Berita Harian, hari ini.

Pada masa sama, Dzulkifli mengingatkan parti politik bertanding supaya menyenaraikan calon yang bersih.

“Saya harap parti politik akan memastikan calon yang dikemukakan adalah mereka yan bebas daripada isu rasuah serta salah guna kuasa, mereka juga perlu menghindari diri dari terbabit dari kegiatan yang menyalahi akta pilihan raya dan akta SPRM.

“Saya juga berharapa mereka tidak terbabit jenayah rasuah dan salah guna kuasa ketika PRU dan selepas PRU sekiranya dilantik,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 January 2018 1:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: