Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM sedang mengesan YDP DPMM Perak

4 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan Pengarah Syarikat Semarak Sinergi Sdn Bhd, Sabri Ahmad Tah, bagi menyelesaikan pendakwaan kes rasuah di mahkamah.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, kes itu membabitkan projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak dan pembekalan bahan binaan pada 2014.

Katanya, Sabri yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak, berusia 47 tahun dan beralamat terakhir di No 11, Jalan SCI 3/12, Garden Villa, Bandar Baru Sunway, Tambun, Ipoh, Perak.

Sesiapa yang mempunyai maklumat dan mengenali Sabri diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd Zulfadhli Mohamad Yusof di talian 03-88867094 atau 018-2303110.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 July 2017 6:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: