Kategori Berita Utama

SPRM sedia teliti manifesto PRU14

14 MAC: Sekiranya diminta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menyemak manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) parti-parti politik.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata ia terpulang kepada parti terbabit jika berkehendakan manifesto mereka bebas daripada unsur rasuah.

“Dari segi manifesto, kita tidak ada nak campur mana-mana urusan parti.

“Namun, seelok-eloknya mana-mana parti patut menghantar senarai untuk dibuat tapisan,” katanya hari ini di Kelana Jaya.

Shamshun berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPAN) Selangor di Auditorium Ungku A Aziz, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Turut hadir, Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi JPAN Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah.

Dalam pada itu, Shamsun berkata pihaknya hingga kini belum menerima senarai calon PRU14 daripada parti pembangkang untuk menjalani saringan.

“Kita menggalakkan parti politik untuk menghantar senarai calon supaya kita dapat memberi jawapan kepada pihak berkaitan untuk mereka laksanakan tindakan selanjutnya.

“Saringan calon adalah sukarela, terpulang kepada mana-mana parti untuk menghantar senarai kepada pihak kami,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 5:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: