Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM serbu pejabat FIC

17 JULAI:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, hari ini bagi menjalankan siasatan berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington, London.

Seramai lapan anggota penyiasat suruhanjaya itu tiba di bangunan berkenaan sejak jam 10.20 pagi tadi.

Mereka kemudiannya menuju ke tingkat dua pejabat FIC  dan dipercayai sedang memeriksa dokumen berkaitan.

Pada Sabtu lalu, Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata bahawa siasatan akan bermula hari ini susulan mendapat maklumat baharu.

Suruhanjaya itu juga bakal memanggil beberapa individu penting bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel bernilai RM330 juta pada 2014.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 July 2017 11:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: